Announcement

Collapse
No announcement yet.

ADIGURU WAN MUSTAFA @ WAN SU

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • ADIGURU WAN MUSTAFA @ WAN SU

    Ukiran kayu merupakan satu lagi seni kraf warisan yang telah lama dihasilkan oleh masyarakat tempatan. Di antara pengukir terkenal dan disegani ialah Wan Mustafa Wan Su yang dilahirkan pada 5 Mei 1939. Beliau telah berkecimpung dalam bidang ukiran selam 39 tahun. Kemahiran asas mengukir diperolehi daripada ayahandanya Wan Su Wan Othman yang merupakan seorang pengukir tersohor negara dan juga Adiguru Kraf Ukiran Kayu.
    Beliau telah berjaya membuka galeri ukiran kayu yang dikenali sebagai Balai Seni Wan Mustafa Wan Su. Di sini beliau menyiapkan tempahan yang diterima dengan dibantu oleh 30 orang pengukir mahir dan separuh mahir. Balai Seni ini juga turut memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda setempat.Wan Mustafa turut memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pengukir muda yang berminat mendalami seni ukiran trradisional.
    Dewan Bahasa Dan Pustaka telah melantik beliau sebagai salah seorang daripada pengkaji istilah bahasa bagi bidang ukiran berdasarkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh beliau.
    Penghayatan Wan Mustafa terhadap seni ukiran yang diwarisi sejak turun temurun dapat dilihat pada hasil kerjatangannya dan juga pemilihan pengukir-pengukir yang hendak bekerja dengannya. Calon memberi keutamaan dan hanya memilih pengukir yang tidak pernah bekerja dengan mana-mana pengukir lain. Bagi calon nilai dan kualiti hasil kerja terletak pada kesempurnaan sesebuah ukiran. Beliau akan membaiki sendiri setiap ukiran yang dihasilkan sehingga merasa puas hati dan barulah ianya diserahkan kepada pelanggan yang menempah.
    Bagi menghargai usaha dan kegigihan beliau dalam bidang ukiran yang menjadi kebanggaan negara ini, pada tahun 2007 beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Ukiran Kayu Tradisional oleh Kraftangan Malaysia


    EN WAN MUSTAFA

    Name:  0ab2e7f885b5f6fca90055f925b9b873.jpg
Views: 1
Size:  132.8 KB

  • #2
    Re: ADIGURU WAN MUSTAFA @ WAN SU

    man from my hometown...

    TQ
    www.flickr.com/asmawiyusof

    Comment

    Working...
    X