google-site-verification: googleff3ef223fa187539.html rumah nur salam, jalan chow kit - PhotoMalaysia Community

Announcement

Collapse
No announcement yet.

rumah nur salam, jalan chow kit

Collapse
X
  • Filter
  • Time
  • Show
Clear All
new posts

  • rumah nur salam, jalan chow kit

    baru-baru ini aku menemani seorang sahabat yang mengadakan program kebajikan di rumah nur salam di jalan chow kit. oleh kerana rumah ini berdekatan aje dengan ofis, aku pun pergi lah.

    ketika menziarahi, hati aku cukup tersentuh kerana tujuan penubuhan rumah ini cukup murni. kita semua sedia maklum bahawa kawasan chow kit adalah antara kawasan hitam di ibu kota dgn kes2 jenayah, pelacuran, dadah dan macam-macam lagi. pernahkah kita terfikir kanak2 yang membesar di kawasan ini? mereka adalah anak2 kepada penagih dadah, pekerja seks, pengutip sampah dll. ketika ibu bapa mereka "bekerja", anak2 ini sering diabaikan begitu sahaja. tanpa pengawasan, anak-anak ini berkeliaran di kawasan chow kit dan terdedah dgn pelbagai unsur negatif dan jika dibiarkan, mereka juga akan terjebak dan menjadi kesinambungan kerjaya ibu bapa mereka.

    maka rumah ini adalah pusat jagaan, perlindungan yang memberi mereka makanan, bimbingan dan keyakinan bahawa mereka boleh mengubah nasib mereka. maklumat lanjut boleh didapati di http://chowkids.org.

    #1

    rumah nur salam ini terletak di tingkat atas pejabat mayfirst di chow kit. ia mengisi ruang tiga tingkat rumah kedai dan mempunyai asrama lelaki dan wanita.

    #2

    mural ini dikatakan dihasilkan oleh kanak-kanak dan sukarelawan-sukeralawan di rumah ini.

    #3

    dialog ini adalah kenyataan kanak-kanak di situ.
    Last edited by zuhrie; 20-09-2008, 01:27 AM.
    www.zuhriphotography.com

  • #2
    Re: rumah nur salam, jalan chow kit

    #4

    menurut pengarahnya, raja azizan, ada kira-kira 300 kanak-kanak yang mendaftar dengan rumah itu tapi ia hanya boleh menampung kira-kira 50 kanak-kanak pada satu-satu masa. aku hanya boleh tertanya2 apakah nasib 250 kanak2 yang lain.

    #5

    ::nama adik apa?
    ::nama tipu manja, nama betul hidayah

    #6

    mereka bukan terperangkap oleh jeriji besi ini, tapi dilindungi. di luar sana bahaya bagi anak2 ini.
    Last edited by zuhrie; 20-09-2008, 01:28 AM.
    www.zuhriphotography.com

    Comment


    • #3
      Re: rumah nur salam, jalan chow kit

      #7

      :: pakcik, ambil gambar saya tau

      #8

      rumah nur salam ini di bawah jagaan yayasan salam dan diuruskan oleh sukarelawan-sukarelawan. menurut raja azizan, jika dulu sukarelawan adalah warga2 emas, kini lebih ramai anak2 muda yang menjadi sukarelawan dan sanggup meluangkan masa terutamanya di hujung minggu untuk mengadakan pelbagai aktiviti bagi kanak-kanak ini.

      #8

      ketika aku di sana, dua sukarelawan sherry dan amirul mengadakan aktiviti bercerita dgn kanak-kanak ini. memang cekap mereka berdua ini menarik perhatian kanak-kanak itu. cukup bersahaja dan lekas mesra.
      Last edited by zuhrie; 20-09-2008, 01:29 AM.
      www.zuhriphotography.com

      Comment


      • #4
        Re: rumah nur salam, jalan chow kit

        #9


        #10


        memang terpaku mereka mendengar celoteh sherry dan amirul
        www.zuhriphotography.com

        Comment


        • #5
          Re: rumah nur salam, jalan chow kit

          #11

          setiap aktiviti yang dilakukan memang menceriakan tapi sarat dengan pembelajaran. aku memang kagum dgn diaorang berdua ni. pasti mereka membuat research dan homework ataupun melalui latihan tertentu untuk memiliki kemahiran sebegitu.

          #12

          aktiviti "musang dan ayam" ni memang meriah. kanak2 ni siap minta buat dua tiga round lagi.
          www.zuhriphotography.com

          Comment


          • #6
            Re: rumah nur salam, jalan chow kit

            #13

            selesai aktiviti berkumpulan besar, kanak-kanak ini dipecah2kan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan ketika inilah sukarelawan2 mendengar kisah2 mereka dan memberi kaunseling.

            #14

            mereka dilayan seperti ahli keluarga sendiri. pada mereka, ini adalah keluarga mereka.

            #15

            ::abang, ambil la gambar kitaorang. peace bang....peace

            walaupun berat hati kerana tidak puas menghabiskan masa bersama2 mereka, aku tak dapat lama di sana kerana mempunyai tugasan lain. insya-allah akan ke sana lagi. aku hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka dan semoga masa depan mereka akan menjadi lebih baik daripada ibu bapa mereka.
            Last edited by zuhrie; 20-09-2008, 01:57 AM.
            www.zuhriphotography.com

            Comment


            • #7
              Re: rumah nur salam, jalan chow kit

              Alhamdulillah satu pengorbanan yang mulia tolong anak2 yatim nie besar pahala dia, aku penah gak tgk dokumentari pasal Rumah Nur Salam nie dkt tv dulu channel bapa tak ingat dah lama, kalo repeat lagik aku nak follow gak... tp kompom aku sebak pnya sbb aku tk bleh tgk bdk2 nie rasa mcm tersentuh plak.
              Tingat kes dkt kg aku dulu, pengetua rumah anak yatim nie tinggal depa tgh2 malam, so bdk2 nie pakat lari carik pengetua depa, bygkan tgh2 malam bdk2 nie berjalan tk tentu hala, aku dgn geng belia 4b jenuh dok pujuk depa balik rumah, malam tue aku dgn geng jadi jaga depa sampai esok pagi utk penjaga depa mai amek, esok pagi tue aku lari sat balik rumah amek keychain utk bagi dkt depa nak amek hati, time bagi keychain dkt bdk2 tue tba2 sebak siot kesian tgk nasib depa..
              Last edited by xzulx; 20-09-2008, 01:57 AM. Reason: wrong spelling
              Now On Fujifilm

              Comment


              • #8
                Re: rumah nur salam, jalan chow kit

                nice places...

                Comment


                • #9
                  Re: rumah nur salam, jalan chow kit

                  Mcm deja vu pulak. Baru je seharian siang td teringat pasal tempat ni. Belom pegi, tgk gmbrČ ni pun dah sayu. May Allah bless them and protect them always, and bless the people who loved them....
                  www.cheritapictures.com

                  Comment


                  • #10
                    Re: rumah nur salam, jalan chow kit

                    Aku tgk gambar nih aku rasa sebak...sebab aku tak dpat join...tp kalau aku join plak aku meraung...zuhrie sekalung tahniah buat anda, anda bagaikan rahmat buat mereka.... Mereka adalah penduduk chow kit & mereka dtg dari pelbagai kehidupan yg melalui rona-rona pahit maung kehidupan. Syukur ada tempat yg dapat memberi sinar serta harapan untuk masa depan mereka.

                    Comment


                    • #11
                      Re: rumah nur salam, jalan chow kit

                      salam , tahniah zuhrie,
                      aku diberitau oleh kwn NGO yg mana ada orang camera nak datang untuk amik gambo bebudak ,rupanya ko yang bernama zuhrie, walaupun x kenal lubang hidung ko tapi aku tersentuh dengan semangat juang ko tuh dan diberkati oleh yang maha esa. Kalau tidak ada halangan aku ada wat ceramah motivasi untuk warga penagih, HIV, pelacur dan pondan pada bulan awal Nov . harap ko sudi datang untuk memorykan warga ini.

                      Comment


                      • #12
                        Re: rumah nur salam, jalan chow kit

                        great coverage zuhrie.....banyak wat kerja kebajikan bulan-bulan puasa ni.....bagus....murah rezeki hendaknya~!

                        Comment


                        • #13
                          Re: rumah nur salam, jalan chow kit

                          nice shoot and terasa sebak gak tengok tempat tu.

                          Comment


                          • #14
                            Re: rumah nur salam, jalan chow kit



                            suke sangat tengok gambar neh

                            Comment


                            • #15
                              Re: rumah nur salam, jalan chow kit

                              good work! you color looks saturated..

                              Comment

                              Working...
                              X